← RETURNCAMPUSGO_OS

FAQ :: SOALAN_LAZIM

> jawapan ringkas untuk soalan biasa pelajar.

[01]Apa itu CampusGo Storage?+

Servis simpanan barang berkunci untuk pelajar — sesuai semasa cuti semester. Kami uruskan pickup & delivery; anda cuma tempah dalam talian.

[02]Berapa kos simpanan?+

Kadar dikira ikut jenis & saiz item × bilangan hari, campur deposit boleh pulang. Harga tepat dipaparkan secara automatik dalam borang tempahan sebelum anda bayar.

[03]Berapa tempoh minimum?+

Tempoh minimum dipaparkan dalam borang (lazimnya 30 hari). Anda pilih tarikh mula & tarikh tamat sendiri.

[04]Macam mana pickup & pemulangan?+

Selepas bayaran disahkan, pasukan kami akan hubungi anda untuk aturkan pickup barang. Bila tempoh tamat, kami pulangkan ke lokasi yang dipersetujui.

[05]Macam mana nak pack barang dengan selamat?+

Asingkan & balut barang berkaca, mudah pecah, elektronik dan berharga untuk elak kerosakan. Bungkus kemas dan pastikan setiap barang dilabel. Cetak & tampal stiker (dari halaman tracking selepas bayar) pada setiap barang sebelum hantar.

[06]Bila perlu cetak & tampal stiker?+

Cetak stiker dan tampal pada barang anda SEBELUM hantar. Stiker boleh dimuat turun di halaman tracking (masukkan no telefon) selepas pembayaran disahkan.

[07]Cara pembayaran?+

Pembayaran dalam talian melalui FPX (perbankan internet) menggunakan gateway ToyyibPay yang selamat. Anda dapat resit & nombor rujukan selepas bayar.

[08]Macam mana saya track tempahan?+

Pergi ke halaman TRACK_ORDER dan masukkan nombor telefon, atau imbas QR pada resit/stiker untuk terus lihat status tempahan anda.

[09]Boleh saya lanjutkan tempoh simpanan?+

Boleh — hubungi kami sebelum tarikh tamat untuk lanjutkan. Anda juga akan menerima peringatan apabila tempoh hampir tamat.

[10]Kawasan operasi?+

Sekitar Samarahan & Kota Samarahan — meliputi UNIMAS, UiTM, IPG dan kawasan berdekatan.

[11]Terma & syarat (kerosakan barang)+

Dengan membuat tempahan, anda bersetuju bahawa CampusGo tidak bertanggungjawab atas kerosakan barang yang tidak diasingkan atau dibalut dengan betul (cth barang berkaca, mudah pecah, elektronik atau berharga). Sila pastikan barang dibungkus kemas dan dilabel sebelum hantar.

> ada soalan lain? hubungi operator melalui saluran rasmi CampusGo_OS.